Saat yang paling mengembirakan bagi seorang jurufoto ialah apabila mereka dianugerahkan kesempatan untuk merakam objek atau sasaran yang amat menarik hati tepat pada masa dan kondisinya.
Suatu petang yang cerah, baru-baru ini kawe meneroka belukar kecil dalam dusun di belakang rumah untuk mencari model-model yang mungkin menarik untuk diabadikan dalam blog. Alhamdulillah, terserempak dengan spesis ulat bulu ini yang unik dan amat indah. Lama juga kawe ambil masa meneliti dan memerhati aktiviti dan pergerakan makhluk Allah yang tersembunyi itu. Allahu akhbar !! Betapa hebatnya tanzin kehidupan spesis ini. Dengan sopan, berhemah dan yakin, makhluk ini bergerak perlahan di hujung ranting durian dan berlabuh di sehelai daun muda dan berhenti sejenak sebelum mulutnya mula dibuka untuk memamah dengan berselera menikmati kelazatan pucuk daun durian itu.
Pagi esoknya, kawe datang kembali menziarahi sahabat itu. Namun, puas kawe mencari di segenap celah ranting dan daun rimbunan dahan durian di mana petang semalam dia berada, kelibatnya sudah tiada. Ahhh.... kemana pulalah sahabat itu merayap membawa kehidupannya, hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.
ª!$# Iw tm»s9Î) wÎ) uqèd ÓyÕø9$# ãPqs)ø9$# 4 w ¼çnäè{ù's? ×puZÅ wur ×PöqtR 4 ¼çm©9 $tB Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# $tBur Îû ÇÚöF{$# 3 `tB #s Ï%©!$# ßìxÿô±o ÿ¼çnyYÏã wÎ) ¾ÏmÏRøÎ*Î/ 4 ãNn=÷èt $tB ú÷üt/ óOÎgÏ÷r& $tBur öNßgxÿù=yz ( wur tbqäÜÅsã &äóÓy´Î/ ô`ÏiB ÿ¾ÏmÏJù=Ïã wÎ) $yJÎ/ uä!$x© 4 yìÅur çmÅöä. ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur ( wur ¼çnßqä«t $uKßgÝàøÿÏm 4 uqèdur Í?yèø9$# ÞOÏàyèø9$# ÇËÎÎÈ
No comments:
Post a Comment