Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Sunday, April 10, 2011

Merenung Dari Dekat














One of my keen interest in the art of photography is in the field of macro or close-up.  Pada tok ayah, salah satu sumbangan besar makro ialah ia membawa kita meneroka dengan lebih dekat lagi dunia kecil yang amat indah dan hebat yang selama ini jarang atau sukar untuk kita fokuskan dengan mata kasar kita. Dengan makro kita melihat dunia kecil menjadi besar. Dan, dunia besar pun menjadi semakin detail atau terperinci. Semakin kita menyelami dunia makro, sebenarnya akan semakin terasa kerdil diri kita ini di sisi kekuasaan dan kehebatan ilmu Allah, Rabb al ‘alamin. Menyelami makro sewajarnya membawa kita ke lembah tawadhu’ yang syahdu merebahkan kedhaifan diri ke ribaan Ilahi.

[ Foto tunas daun pokok Cempedak ini tok ayah capture di belakang rumah. Ramai di antara kita dah amat biasa dengan buah cempedak. Makan segar sedap rasanya, makan yang digoreng pun amat menyelerakan. Tapi tak mustahil kalau ada di antara kita yang belum tahu bahawa evolusi munculnya setiap helai daun cempedak itu amat unik dan indah sekali. Evolusinya bermula dengan munculnya tunas yang berfungsi seperti kepompong yang membungkus pucuk daun yang muda (Foto 1). Kepompong ini membungkus daun muda itu sehinggalah tiba masa yang ditentukan untuk tunas daun muda itu mula berkembang keluar (foto 2 dan 3). Setelah daun muda mula menjenguk alam dan menghirup udara dunia yang segar ini, kepompong yang selama ini menyelimutinya akan keperangan dan gugur ke bumi. Berkembanglah daun itu meneruskan hidupnya sehingga tamat tempoh hayatnya di sisi ketentuan Allah. Itulah evolusi indah dan hebat ciptaan Allah, untuk menghasilkan setiap daun yang terjuntai pada ranting-ranting sepohon Cempedak.]

No comments:

Post a Comment