Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Saturday, April 30, 2011

Tasik Puteri



Foto Tasik Puteri, Bukit Besi, Terengganu ini tok ayah capture sewaktu hujan turun mencurah-curah sepanjang hari. Persekitaran kawasan rekreasi ini cukup indah dan nyaman. Ada tempat mandi manda, ada kayak dan perahu untuk meneroka tasik yang seluas mata memandang dan tidak ketinggalan padang golf 18 lubang. Cuma di sini masih belum disediakan sebarang tempat penginapan untuk para pengunjung yang ingin bermalam.

History


Ini adalah 'the end road' di pekan lama Kuala Rompin, Pahang. Tok ayah rasa, rumah-rumah kedai yang sudah usang dan tidak beroperasi lagi itu hanya menunggu masa untuk dirobohkan atau teroboh sendiri. Di hujung jalan itu masih ada sebuah kedai makan beroperasi. Nasi dagangnya sedap juga. Nasi itu dibungkus dengan sejenis daun yang lebar. Terlupa pula tok ayah nak tanya apa daun yang makcik tu pakai. Sehelai daun itu mencukupi untuk membungkus nasi dagang dengan harga RM2.


Seems to be a perfect breakfast menu for a typical Kelantanese like me and ummi Khaulah. Nasi Dagang, Karipap, Pauh Lemok and  Kopi Radix kosong. alhamdulillah. (Rompin Beach Resort.)

Sunday, April 24, 2011

Sumber Kehidupan





Air berkait rapat dengan kehidupan makhluk di muka bumi ini. Inilah ketentuan Allah pada tatacara kehidupan di alam ini. Air itu indah untuk diterokai, dan air itu menjana kehidupan kita.

Saturday, April 23, 2011

Cendawan









'Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya' (Pak Harfan dalam filem Laskar Pelangi)

'Be excellent. Success will come to you' (Ranchoo dalam filem 3 idiots)

[foto cendawan/kulat di sekitar rumah. Cendawan jenis ini tidak boleh dimakan]

Mengutip Bekalan

Alangkah indahnya hidup ini. Bumi yang terbentang dengan segala keajaibannya. Langit yang memayungi dengan segala keunikkannya. Nikmat Allah kepada kita para hambaNya. Saban saat dan detik kita menikmatinya dalam tawa dan bahagia. Alhamdulillah, dengan Iman dan Islam, kita mampu meletakkan kesyukuran ini pada acuannya yang hak.



Namun, ada ketika dan putarannya, sisi gelap kehidupan melanda kita. Tiada siapa yang inginkan kegelapan itu menganti kecerahan yang kita semua impikan. Tapi, itulah lumrah kehidupan. Allah uji kita dengan sedikit kemewahan dan kecerahan. Allah juga akan menguji kita dengan sedikit kesempitan dan kegelapan. Semuanya itu adalah lapangan hidup di mana Allah akan menilai prestasi iman dan amal kita semua. Siapakah di antara kita yang terbaik bekalannya. Teman, berbekallah dengan taqwa, bukannya kesombongan dan ketakburan diri.


[Sebenarnya, jika kita terakam foto yang pada hemat kita agak gelap, kita boleh baiki kegelapan itu (cerahkan) samada dengan teknik-teknik pencerahan yang ada pada kebanyakan kamera DSLR.  Di samping itu kita juga boleh membaikinya dengan mengunakan perisian-perisian seperti Photoshop, Lighting Room dan sebagainya lagi. Tapi ada sesetengah foto itu memang sengaja digelapkan oleh pengkaryanya] 

Malu


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Malu dan iman itu adalah teman yang seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (tiada), nescaya terangkat juga yang satu lagi. (Muslim)

Sunday, April 17, 2011

Photoshop

Ramai rakan-rakan tok ayah, baik tua atau muda amat berminat dengan keajaiban yang boleh dihasilkan oleh Adobe photoshop dan jenama-jenama lain yang sebangsa dengannya. Perisian ini nyata mampu mencantik dan mengajaibkan foto-foto yang ada di tangan kita. Dari touch-up sekecil untuk hilangkan sebutir jerawat di muka hingga ke tahap super imposed se-ekor T-Rex dapat ditanggani dengan mudah dan cepat oleh genre perisian seperti ini.

Seorang rakan mempelawa tok ayah sesi tunjuk-ajar untuk meneroka keupayaan photoshop. Justeru kerana sesi itu percuma, jadi tok ayah pun sanggup lah menadah telinga mendengar huraian pakar multimedia itu. Tapi, nyata photoshop tidak mampu menawan hati tok ayah. Hati ini tetap jelira dengan yang asli, yang ori kata orang mudo lor ni. Barangkali minat tok ayah ialah macro-nature dan journalisme, soal nak touch-up atau super imposed ini tak berapa nak berpijak pada jiwa. Tapi sebenarnya, tok ayah guna juga ps ni... untuk water-mark foto...

[Foto-foto di bawah ini tidak dinodai oleh sebarang touch-up oleh ps, kecuali untuk catat tok ayah fotografi]



Saturday, April 16, 2011

Jurnal Alam




Foto yang kedua ialah tunas bunga buah ciku atau orang Kelantan sebut buoh Sawo Nilo.

Friday, April 15, 2011

Floating

Pak Belalang











Tok ayah tak tahu apa spesis belalang's kat atas itu. Inilah koleksi makhluk makro yang bermastautin dalam belukar di belakang rumah. Sebenarnya banyak lagi kaum-kaum lain yang ada. Ada kelapangan tok ayah akan cuba jounalismekan mereka semua untuk tatapan kita semua.  

Sunday, April 10, 2011

Merenung Dari Dekat














One of my keen interest in the art of photography is in the field of macro or close-up.  Pada tok ayah, salah satu sumbangan besar makro ialah ia membawa kita meneroka dengan lebih dekat lagi dunia kecil yang amat indah dan hebat yang selama ini jarang atau sukar untuk kita fokuskan dengan mata kasar kita. Dengan makro kita melihat dunia kecil menjadi besar. Dan, dunia besar pun menjadi semakin detail atau terperinci. Semakin kita menyelami dunia makro, sebenarnya akan semakin terasa kerdil diri kita ini di sisi kekuasaan dan kehebatan ilmu Allah, Rabb al ‘alamin. Menyelami makro sewajarnya membawa kita ke lembah tawadhu’ yang syahdu merebahkan kedhaifan diri ke ribaan Ilahi.

[ Foto tunas daun pokok Cempedak ini tok ayah capture di belakang rumah. Ramai di antara kita dah amat biasa dengan buah cempedak. Makan segar sedap rasanya, makan yang digoreng pun amat menyelerakan. Tapi tak mustahil kalau ada di antara kita yang belum tahu bahawa evolusi munculnya setiap helai daun cempedak itu amat unik dan indah sekali. Evolusinya bermula dengan munculnya tunas yang berfungsi seperti kepompong yang membungkus pucuk daun yang muda (Foto 1). Kepompong ini membungkus daun muda itu sehinggalah tiba masa yang ditentukan untuk tunas daun muda itu mula berkembang keluar (foto 2 dan 3). Setelah daun muda mula menjenguk alam dan menghirup udara dunia yang segar ini, kepompong yang selama ini menyelimutinya akan keperangan dan gugur ke bumi. Berkembanglah daun itu meneruskan hidupnya sehingga tamat tempoh hayatnya di sisi ketentuan Allah. Itulah evolusi indah dan hebat ciptaan Allah, untuk menghasilkan setiap daun yang terjuntai pada ranting-ranting sepohon Cempedak.]

Close-up





 

Thursday, April 7, 2011

Angsa



Sahabat ini namanya Pak Utih. Tok ayah beli dia di Pasar Wakaf Baru, Kelantan, 8 tahun yang lalu. Masa tu beli sepasang. Penjual tu kata sepasang. Maknanya sekor jantan sekor perempuan atau betina. Tapi bila besar kedua-dua angsa putih itu, masya Allah, kedua-duanya jantan la pulok. Lalu tok ayah pun belilah sekor angsa kampung betina. Timbul krisis pula kat rumah. Pak Utih dan sedaranya perang sabil pulok. Berebut si jelita yang sekor tu. Silap tok ayah juga gi beli sekor je. Jadi untuk selesai krisis yang makin memuncak itu, tok ayah berpakat dengan ummi khaulah ’mengkerutukkan’ sedara Pak Utih. Hiduplah Pak Utih dengan bininya dengan bahgia selepas itu tanpa dicemburui oleh sesiapa. Setahun yang lalu bininya meninggalkan dunia yang fana ini. Tinggallah Pak Utih sorang. Kesian tok ayah tenguk Pak Utih. Malam-malam dia tidur sorang depan beranda di sisi rumah kami.

Golf



Masa tok ayah muda-muda dulu minat sangat pada sukan. Tok ayah main bola, takraw, badminton, ragbi, dan macam-macam lagi. Tapi bila usia dah merangkak ke senja ni, tenaga dan power pun dah makin kurang. Lalu tok ayah beralih arah ke dunia golf. Dulu masa belum turun ke padang golf, dok rasa main golf ni tak lah letih sangat. Hayun kayu golf lepas tu naik buggy, lepas tu hayun lagi, hingga sampai lah ke green. Apa yang letih nye... Tapi bila mula mukul bola keras macam batu tu, rupa-rupanya letih jugok main golf nih. Golf ni bukan hanya meletihkan fizikal, malah yang paling mencabar ianya meletihkan mental dan emosi sekali. Bila mental dan emosi dan kelam kabut, memang efek habis pada fizikal pulok. Ambik contoh, mula-mula hayun kayu ke bola... bola melantun ke depan... kalau bola tu lurus mencanak ke tengah lapangan okey la... tapi apakata kalau melencong ke dalam semak atau masuk kolam. Tension tu weh. Sekali dua tak apa lagi, tapi kalau berselang lubang macam tu... alamat letih la jawabnya.

So... actually, golf is a very challenging game. Kena tajamkan skill, kena bijak manage your game, kena control mental dan emosi, dan yang penting, kena jaga etika permainan. Ahhh.... banyak lagi kalau nak cerita pasal golf nih. Tapi hok penting sekali, please jangan berjudi main golf. Islam mengharamkan judi.

Saturday, April 2, 2011

Si Ulat Bulu








Saat yang paling mengembirakan bagi seorang jurufoto ialah apabila mereka dianugerahkan kesempatan untuk merakam objek atau sasaran yang amat menarik hati tepat pada masa dan kondisinya.

Suatu petang yang cerah, baru-baru ini kawe meneroka belukar kecil dalam dusun di belakang rumah untuk mencari model-model yang mungkin menarik untuk diabadikan dalam blog. Alhamdulillah, terserempak dengan spesis ulat bulu ini yang unik dan amat indah. Lama juga kawe ambil masa meneliti dan memerhati aktiviti dan pergerakan makhluk Allah yang tersembunyi itu. Allahu akhbar !! Betapa hebatnya tanzin kehidupan spesis ini. Dengan sopan, berhemah dan yakin, makhluk ini bergerak perlahan di hujung ranting durian dan berlabuh di sehelai daun muda dan berhenti sejenak sebelum mulutnya mula dibuka untuk memamah dengan berselera menikmati kelazatan  pucuk daun durian itu.

Pagi esoknya, kawe datang kembali menziarahi sahabat itu. Namun, puas kawe mencari di segenap celah ranting dan daun rimbunan dahan durian di mana petang semalam dia berada, kelibatnya sudah tiada. Ahhh.... kemana pulalah sahabat itu merayap membawa kehidupannya, hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.

ª!$# Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd ÓyÕø9$# ãPqs)ø9$# 4 Ÿw ¼çnäè{ù's? ×puZÅ Ÿwur ×PöqtR 4 ¼çm©9 $tB Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# $tBur Îû ÇÚöF{$# 3 `tB #sŒ Ï%©!$# ßìxÿô±o ÿ¼çnyYÏã žwÎ) ¾ÏmÏRøŒÎ*Î/ 4 ãNn=÷ètƒ $tB šú÷üt/ óOÎgƒÏ÷ƒr& $tBur öNßgxÿù=yz ( Ÿwur tbqäÜŠÅsム&äóÓy´Î/ ô`ÏiB ÿ¾ÏmÏJù=Ïã žwÎ) $yJÎ/ uä!$x© 4 yìÅur çmÅöä. ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur ( Ÿwur ¼çnߊqä«tƒ $uKßgÝàøÿÏm 4 uqèdur Í?yèø9$# ÞOŠÏàyèø9$# ÇËÎÎÈ