Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Thursday, January 13, 2011

Join the Group




[1/40 f10 105mm ISO800 WB cloudy]

Foto ini kawe rakam di bawah pokok Jambu Bol di belakang rumah. Daun-daun mati yang gugur bersepah di situ dan tak pernah disapu oleh sapa-sapa. Suatu petang kawe berjalan-jalan di situ, terpandang sehelai daun yang masih muda gugur menyertai daun-daun tua yang bersepah itu. Ahh...daun-daun yang bersepah kat bawah itu sebenarnya asal dari yang hijau merimbun di dahan-dahan pokok kat atas juga. Akan tiba masanya setiap helai yang menghijau kat atas itu akan turut bersepah kat bawah.

Firman Allah yang bermaksud :

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan mu. Barangsiapa yang dijaauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia telah beroleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya (ali Imran : 185)

No comments:

Post a Comment