Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)
Wednesday, January 12, 2011
Fotografi
Penghasilan foto yang menarik dan berkualiti, pada kawe memerlukan tiga elemen pelengkap yang penting.
Pertama : Kelengkapan perakam foto yang bermutu, seperti kamera (bodi), lensa, filem atau memory card, converter, filter, flash, tripod dan sebagainya lagi. Yang pastinya, semakin bermutu tinggi kelengkapan tersebut akan semakin mahal pula harga atau kosnya. Kalau kita berhajat untuk melengkapkan peralatan itu, semak dulu secara terperinci berdasarkan produk atau hasil yang kita harapkan atau sasarkan. Apa KPI produk kita? Foto kategori apa dan tahap kualiti macamana yang kita inginkan.
Kedua : Memiliki kemahiran yang tinggi tentang kepenggunaan peralatan tersebut. Kita perlu memahirkan diri supaya dapat mengoptimumkan pengunaan peralatan secara berkesan. Tanpa kemahiran yang baik, hasil tidak akan dapat dicapai sebaik atau setanding dengan kemampuan sebenar peralatan.
Ketiga : Deria seni yang mampu menghasilkan foto yang menarik minat atau perhatian ramai. Seni sesuatu yang amat subjektif dan relatif. Setiap individu tentunya ada deria seni yang berbeda dalam memaparkan hasil foto masing-masing. Justeru itu, para pencinta foto perlu berani untuk berkarya mengikut naluri seni mereka tersendiri. Namun kena ingat, kita ini hamba Allah. Berkarya pun mestilah dalam batas-batas syariat Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment