Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Friday, January 21, 2011

Look for details


Keep an eye out for interesting details wherever you go. Sometimes close-ups of simple and seemingly banal everyday things, such as doorways, light switches, and steps, can make great images. (Chris Caldicott)

Thursday, January 20, 2011

Practice


Malang bangsa ku,
Sepasang kasut sekampit padi tergadai maruah,
Menyerah kehormatan diri dan ketinggian akal budi,
Membiarkan emosi dan semangat diri diratah,
Oleh petualang-petualang politik yang gila menjarah,

Wednesday, January 19, 2011

Casual Photography


[Ketika berehat dan santai sambil surf internet di beranda rumah, tiba-tiba singgah seekor burung di pokok jambu madu berhampiran. Kawe tenguk burung ni macam jarang kelihatan di sekitar rumah selama ni. Spesis apa kawe pun tak tahu. Tap[i agak besar juga, macam saiz merpati. Terus grap kamera dan rakam foto dia. Bila tenguk kawe terhendap-hendap bawah pokok tu, burung tu tertoleh-toleh, macam kehairanan. Sempat shoot satu je... lepas tu terus terbang ke lain. Tiada sisi blur pada foto sebab kawe set appature f10. Lupa nak adjust]



[Yang ini pulak spesis rama-rama yang kecil]

Shoot From The Heart


Master your technique so that the camera becomes a subconscious extension of your feelings. Treat the camera and subject in the way you would treat a musical instrument, and keep looking for the visual harmony (Steve Bloom)


Al-Inshiqaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila langit terbelah, (1) Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (2) Dan apabila bumi diratakan, (3) Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong, (4) Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). (5) Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya). (6) Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya; (7) Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, (8) Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. (9) Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, (10) Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, (11) Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang. (12) Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! (13) Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)! (14) (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya! (15) Maka Aku bersumpah, demi mega; (16) Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; (17) Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: (18) Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) (19) Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? (20) Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud? (21)


Tuesday, January 18, 2011

Be Different


Put your personal slant on the picture. Experiment freely and discover unique ways of capturing your surroundings. (Steve Bloom)

Don’t be afraid to try different techniques. Experiment with unsual camera angle, used long exposures to record motion, and shoot in different types of light and varying weather conditions. (Lee Frost)

Thursday, January 13, 2011

Promote the Brand


[1/30 f10 ISO200 135mm WB cloudy]





[Foto yang akhir ini mungkin anda dah perasan. Ia gambar bayang]

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia is the 15th Malaysia public university. Located in Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Join the Group




[1/40 f10 105mm ISO800 WB cloudy]

Foto ini kawe rakam di bawah pokok Jambu Bol di belakang rumah. Daun-daun mati yang gugur bersepah di situ dan tak pernah disapu oleh sapa-sapa. Suatu petang kawe berjalan-jalan di situ, terpandang sehelai daun yang masih muda gugur menyertai daun-daun tua yang bersepah itu. Ahh...daun-daun yang bersepah kat bawah itu sebenarnya asal dari yang hijau merimbun di dahan-dahan pokok kat atas juga. Akan tiba masanya setiap helai yang menghijau kat atas itu akan turut bersepah kat bawah.

Firman Allah yang bermaksud :

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan mu. Barangsiapa yang dijaauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia telah beroleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya (ali Imran : 185)

Wednesday, January 12, 2011

Fotografi








Penghasilan foto yang menarik dan berkualiti, pada kawe memerlukan tiga elemen pelengkap yang penting.

Pertama : Kelengkapan perakam foto yang bermutu, seperti kamera (bodi), lensa, filem atau memory card, converter, filter, flash, tripod dan sebagainya lagi. Yang pastinya, semakin bermutu tinggi kelengkapan tersebut akan semakin mahal pula harga atau kosnya. Kalau kita berhajat untuk melengkapkan peralatan itu, semak dulu secara terperinci berdasarkan produk atau hasil yang kita harapkan atau sasarkan. Apa KPI produk kita? Foto kategori apa dan tahap kualiti macamana yang kita inginkan. 

Kedua : Memiliki kemahiran yang tinggi tentang kepenggunaan peralatan tersebut. Kita perlu memahirkan diri supaya dapat mengoptimumkan pengunaan peralatan secara berkesan. Tanpa kemahiran yang baik, hasil tidak akan dapat dicapai sebaik atau setanding dengan kemampuan sebenar peralatan.

Ketiga : Deria seni yang mampu menghasilkan foto yang menarik minat atau perhatian ramai. Seni sesuatu yang amat subjektif dan relatif. Setiap individu tentunya ada deria seni yang berbeda dalam memaparkan hasil foto masing-masing. Justeru itu, para pencinta foto perlu berani untuk berkarya mengikut naluri seni mereka tersendiri. Namun kena ingat, kita ini hamba Allah. Berkarya pun mestilah dalam batas-batas syariat Allah.

Tuesday, January 11, 2011

Experiment


[A scene behind my home. The small scale Durian orchard. In early foggy morning with an enthusiasm nature odour. AlhamduluLlah. Thanks to Allah.]

Don't be afraid to experiment - the more you try, the better you will become. Experiment with different camera settings, different lightings, different camera angles. Try to find what works for you (Michael Kenna)

Develop Your Ideas


Belatuk Betina


[Foto sepasang Burung Belatuk ini kawe rakam dalam bulan November 2010 yang lalu. Inilah foto terakhir yang dapat kawe rakam sepasang makhluk Allah ini. Selepas dari tarikh tersebut, pasangan ini tidak lagi kelihatan menziarahi pokok Nangka sebelah rumah kami sehingga kini. Sebelum dari ini, selang dua tiga hari pasangan ini akan bertenggek riang di pokok tersebut. Kemana mereka berdua ini menghilang kawe pun tak tahu. Kini yang sering bertandang di situ ialah Belatuk spesis lain yang berwarna kuning. Itupun cuma seekor]

Although you may gain ideas from other phothographers, don't copy their work. Try to develop your own product. It's very boring if dozens of photographers have the same images, even if they're technically good (Gerhard Schulz)

Compose


Composition is a key factor in taking strong pictures. You need more than just an idea for a picture - you need to action that idea. ( Gerald Schulz )

Tapi, foto kat atas tu standard orang baru belajar untuk snap makro. Macam tak berapa cukup compose.

Sunday, January 9, 2011

Air dan Kehidupan


[Foto ini dirakam selepas hujan lebat melanda Parit Raja]

22. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka Dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu Yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. (al Quran Surah al Hijr)

the Rotten Wood



Bersabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Sebaik-baik muslim di sisi Allah ialah mereka yang paling banyak mendatangkan manfaat kepada orang lain.

Berpasangan




Surah Yaasin: 36

36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

Friday, January 7, 2011

Burung Barat


Ini burung Barat. Spesis terlindung sebenarnya. Justeru itu lokasinya dirahsiakan. Burung ini sebenarnya jinak macam kucing.

Tunas Pokok Mahang


Foto tunas pokok Mahang ini dirakam waktu petang. Pokok ini tidak menghasilkan buah. Kayunya juga kurang dimanfaatkan. Kawe ingat orang buat kayu api saja batang dan dahannya. Daunnya lebar macam telinga gajah. Pokok ini seakan-akan pokok Sukun.

Tok Jogho


Terkejut dari tidur.