Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Sunday, May 1, 2011

Teguh dan Rimbun


Firman Allah (surah Ibrahim) yang bermaksud :

24. tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
26. dan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.


[Pokok Durian ini menjulang tinggi hampir 100 kaki. Berusia sekitar 40 tahun. Barangkali antara pokok durian tertua yang masih teguh berdiri di sekitar Batu Pahat ini. Pokok ini tegak tinggi bersebelahan rumah tok ayah. Bimbang juga kalau-kalau ia tumbang atau patah menimpa rumah. Haji Nasuha (tuan punya Ladang Herba Nasuha dan produk rempah ratus Mak Siti di Pagoh), pernah nasihat pada tok ayah supaya cakap pada pokok itu, kalau dia nak mati atau tumbang, janganlah menyusahkan sesiapa. Jangan menimpa kawan-kawan yang lain, dan jangan menyusahkan kita yang menjaga dan meyayanginya. Insya Allah, kata Haji Nasuha, pokok-pokok pun boleh memahami naluri kita. Tok ayah ikut juga pesan pakar herba dan kayu kayan itu, dan tentunya dengan tawakal serta doa kepada Allah, Rabb al 'alamin.]



Foto kedua (di atas) tok ayah rakam waktu petang. Cahaya matahari waktu itu mencorakkan tona 'kuning' pada subjek. Tok ayah guna 5000k pada WB. Tonanya menjadi lebih neutral dengan suasana masa itu. Manakala foto pertama adalah dirakam waktu pagi.

No comments:

Post a Comment