Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Saturday, March 12, 2011

Nak ambil gambar ke bang?...










Latar belakang atau background foto apabila kita mengunakan konsep 'blur' kan latarbelakang tersebut, lazimnya warna yang akan mendominasikannya ialah tempiasan warna objek yang melatari latar itu. Seperti dalam gambar ini, warna merah dan kehijauan itu merupakan tempias dari warna bunga dan daun-daun.

Firman Allah Surah at Taubah

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (24)


No comments:

Post a Comment