Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Thursday, March 31, 2011

Night



Golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 Allah berfirman

* y#n=sƒmú .`ÏB öNÏdÏ÷èt/ ì#ù=yz (#qãã$|Êr& no4qn=¢Á9$# (#qãèt7¨?$#ur ÏNºuqpk¤9$# ( t$öq|¡sù tböqs)ù=tƒ $xî ÇÎÒÈ  
59. kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),


 Berhubung dengan ayat ini, sahabat Abdullah ibn Abbas berkata,;

Maksud mensia-siakan solat; bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya;. Imam Said ibn Al-Musayyab mempunyai pendapat yang sama dengan sahabat Abdullah ibn Abbas. Beliau berkata,;Mereka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, solat asar dalam waktu maghrib, solat maghrib dalam waktu isyak, solat isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik; Hal ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.

Saturday, March 12, 2011

Nak ambil gambar ke bang?...










Latar belakang atau background foto apabila kita mengunakan konsep 'blur' kan latarbelakang tersebut, lazimnya warna yang akan mendominasikannya ialah tempiasan warna objek yang melatari latar itu. Seperti dalam gambar ini, warna merah dan kehijauan itu merupakan tempias dari warna bunga dan daun-daun.

Firman Allah Surah at Taubah

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (24)


Thursday, March 10, 2011

Waiting For The Sun



Ini gambar lama. Saya tertarik dengan tona dan pencahayaan awal pagi yang terpapar pada foto ini. Foto yang baik, mesti tepat pada masa, tempat, senario dan subjek. Saya tidak tahu bila lagi kombinasi ketepatan masa, tempat, subjek dan senario seindah ini akan berulang dan saya pula mampu merakamkannya sekali lagi. Yang pasti, dahan tempat Merbah itu bertenggek telah patah menyembah bumi.

Wednesday, March 2, 2011

Labah-Labah




Terserempak labah-labah ini depan pintu bilik air di rumah. Rasanya ini baru peringkat anak labah-labah lagi kerana ukurannya hanya di sekitar 2 inci sahaja, dari hujung kaki belakang ke hujung kaki depan.


Al Quraan Surah Al-Ankaboot
The parable of those who take protectors other than Allah is that of the Spider, who builds (to itself) a house; but truly the flimsiest of houses― is the Spider's house if they but knew. (41) Verily Allah doth know of (everything) whatever that they call upon besides Him: and He is Exalted (in power), Wise. (42) And such are the Parables We set forth for mankind, but only those understand them who have Knowledge. (43) Allah created the heavens and the earth in true (proportions): verily in that is a Sign for those who believe. (44)