Sedang cuba mendalami selok belok fotografi makro. Suatu pagi yang hening, berbekalkan lensa Nikkor Macro 105mm, kawe merayau dalam semak belakang rumah. Dulu kawasan dusun ini banyak juga serangga dan lain-lain hidupan makro yang bermastautin, namun sejak sebulan dua yang lepas, setelah kawe upah orang meracun anak-anak belukar di sini, boleh dikatakan semua hidupan kecil yang unik itu telah hampir pupus. Silap betul diracun kawasan itu. Berbekal maklumat yang ada, kawe cuba explore the macro world dengan cara dan keupayaan kawe yang amat terbatas. Baru belajar...
SubhanalLah... ada telur Ayam Hutan rupanya...
No comments:
Post a Comment