Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)
Monday, December 12, 2011
Little Goose
This little creature is Ketupat. Named by Acik. One of our new comer housing the 'reban' behind our house.
Friday, July 29, 2011
Saturday, May 21, 2011
Helix Pomatia
Firman Allah yang bermaksud :
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (14) Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. (15) Surah ali Imran
Friday, May 20, 2011
Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz'
This bunga Janda Kaya tree trunk is nearly a size of my thigh, and about 20 feet tall. Fertile and still growing, which providing shade to our balcony.
Greyish
Its look like a black n white or nearly grey background. The palm oil trees in the background create the colour of bokeh that seems to look alike black n white. The creeper plant leaf grow along the dead rubber tree trunk which also grey.
Tuesday, May 17, 2011
Pulasan
Ya Tuhan Kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami dari azab neraka.
[Foto putik buah Pulasan. Kalau anda makan buah Pulasan, kunyahlah sekali dengan bijinya. Rasanya lemak dan sedap. Selamat mencuba]
Yang Tidak Diundang
Barangkali, makhluk ini ada bau-bau bacang dengan T-Rex yang sudah terpupus itu. Walaupun kemungkinan itu ada, di mana nenek moyangnya dulu termasuk dalam golongan bangsawan penakluk dunia, namun makhluk sasa ini tetap tidak pernah diundang di mana sahaja dia mendatang. Tiada kalungan bunga atau paluan kompang untuk menyambutnya. Kesian.
Saturday, May 14, 2011
Meniti Kehidupan
z`ÏBur Ĩ$¨Z9$# `tB ßç7÷èt ©!$# 4n?tã 7$öym ( ÷bÎ*sù ¼çmt/$|¹r& îöyz ¨br'yJôÛ$# ¾ÏmÎ/ ( ÷bÎ)ur çm÷Ft/$|¹r& îpuZ÷FÏù |=n=s)R$# 4n?tã ¾ÏmÎgô_ur uÅ£yz $u÷R9$# notÅzFy$#ur 4 y7Ï9ºs uqèd ãb#uô£ãø9$# ßûüÎ7ßJø9$# ÇÊÊÈ
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, Iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. (maksud Firman Allah surah al-Haj : 15)
Rutin Alam
’Sesiapa yang menjadikan burung gagak sebagai jurutunjuk atau penunjuknya, maka ia akan membawanya kepada bangkai anjing’ (Pujangga Arab)
[Foto putik Jambu Bol, salah satu buah-buahan nadir negara kita. Foto dirakam dengan lensa mikro. Bokeh nya kelihatan menarik sikit. Setahu tok ayah, bokeh adalah istilah fotografi merujuk kepada 'blur' yang wujud pada latarbelakang foto]
Labu
Sayur lemak buah Labu adalah antara menu kegemaran tok ayah. Ditambah pula menu asam pedas ikan merah. Memang adunan juadah yang lengkap menyelerakan.
[Foto bunga buah Labu yang baru bertunas dan mula mengembang]
Tuesday, May 10, 2011
Saturday, May 7, 2011
I am Green
Siapa yang tidak mampu atau tidak diizinkan oleh keadaan dan situasi untuk menyertai barisan hadapan pendakwah dan pejuang Islam, bukanlah bermakna ia boleh duduk berpeluk tubuh. Dia mestilah memberi bantuan kepada mereka yang berdakwah dan berjihad pada jalan Allah. Dia mestilah menjadi orang Islam yang menolong mereka menurut kemampuan masing-masing sesuai dengan situasi masing-masing (Muhamad Ahmad ar Rashid dlm al-Muntholaq)
[Bagaimana kita menampilkan sesuatu karya foto, ianya bergantung kepada kreativiti kita sendiri. Be different, be yourself. Cari komposisi yang deria seni kita rasa sesuai dan mantap. Tentukan tona dan mood yang serasi dengan cita rasa kita. Jadikan foto kita, suatu signature kita.]
Sunday, May 1, 2011
Teguh dan Rimbun
Firman Allah (surah Ibrahim) yang bermaksud :
24. tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
26. dan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
[Pokok Durian ini menjulang tinggi hampir 100 kaki. Berusia sekitar 40 tahun. Barangkali antara pokok durian tertua yang masih teguh berdiri di sekitar Batu Pahat ini. Pokok ini tegak tinggi bersebelahan rumah tok ayah. Bimbang juga kalau-kalau ia tumbang atau patah menimpa rumah. Haji Nasuha (tuan punya Ladang Herba Nasuha dan produk rempah ratus Mak Siti di Pagoh), pernah nasihat pada tok ayah supaya cakap pada pokok itu, kalau dia nak mati atau tumbang, janganlah menyusahkan sesiapa. Jangan menimpa kawan-kawan yang lain, dan jangan menyusahkan kita yang menjaga dan meyayanginya. Insya Allah, kata Haji Nasuha, pokok-pokok pun boleh memahami naluri kita. Tok ayah ikut juga pesan pakar herba dan kayu kayan itu, dan tentunya dengan tawakal serta doa kepada Allah, Rabb al 'alamin.]
Foto kedua (di atas) tok ayah rakam waktu petang. Cahaya matahari waktu itu mencorakkan tona 'kuning' pada subjek. Tok ayah guna 5000k pada WB. Tonanya menjadi lebih neutral dengan suasana masa itu. Manakala foto pertama adalah dirakam waktu pagi.
Menanti Keharuman
Hati yang rosak akan mendorong seseorang melakukan kerosakan, maksiat dan kejahatan. Sesungguhnya segala perlakuan jahat dan mungkar itu pada hakikatnya adalah jelmaan daripada hati yang fasad. (Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat)
Saturday, April 30, 2011
Tasik Puteri
Foto Tasik Puteri, Bukit Besi, Terengganu ini tok ayah capture sewaktu hujan turun mencurah-curah sepanjang hari. Persekitaran kawasan rekreasi ini cukup indah dan nyaman. Ada tempat mandi manda, ada kayak dan perahu untuk meneroka tasik yang seluas mata memandang dan tidak ketinggalan padang golf 18 lubang. Cuma di sini masih belum disediakan sebarang tempat penginapan untuk para pengunjung yang ingin bermalam.
History
Ini adalah 'the end road' di pekan lama Kuala Rompin, Pahang. Tok ayah rasa, rumah-rumah kedai yang sudah usang dan tidak beroperasi lagi itu hanya menunggu masa untuk dirobohkan atau teroboh sendiri. Di hujung jalan itu masih ada sebuah kedai makan beroperasi. Nasi dagangnya sedap juga. Nasi itu dibungkus dengan sejenis daun yang lebar. Terlupa pula tok ayah nak tanya apa daun yang makcik tu pakai. Sehelai daun itu mencukupi untuk membungkus nasi dagang dengan harga RM2.
Seems to be a perfect breakfast menu for a typical Kelantanese like me and ummi Khaulah. Nasi Dagang, Karipap, Pauh Lemok and Kopi Radix kosong. alhamdulillah. (Rompin Beach Resort.)
Sunday, April 24, 2011
Sumber Kehidupan
Air berkait rapat dengan kehidupan makhluk di muka bumi ini. Inilah ketentuan Allah pada tatacara kehidupan di alam ini. Air itu indah untuk diterokai, dan air itu menjana kehidupan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)