Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Monday, January 9, 2012

What's up in your Mind


'Dia ni selalunya datang bawa dedak... tapi ni ape ke benda pulok yang dia bawak tu?'

Gamaknya itulah yang terpahat di minda anak ayam belanda ni bila tertoleh nampak tok ayah sedang snap fotonya.

[ Tok ayah tak berapa ada pengalaman membela ayam belanda. Jadi ada sedikit masalah dalam menjaga anak-anak ayam spesis ini. Ternyata anak-anak ayam spesis ini memang alahan kepada nyamuk dan serangga kecil. Muka, khususnya bahagian kelopak mata mereka amat mudah jadi berbintik dan bengkak hasil dari gigitan nyamuk atau unggas yang lain. Kegagalan memberi rawatan ubat sapu untuk hilangkan kesan gigitan itu akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada mata anak-anak ayam belanda ini. Kesakitan yang teruk boleh membawa kematian makhluk ini. Anak-anak ayam ini di peringkat umur belum sebulan adalah seeloknya dipasang kelambu agar tidak diserang nyamuk atau serang-seranga. ]

No comments:

Post a Comment