Tataplah alam dengan bekal iman yang murni, nescaya kau peroleh kesimpulan bahawa alam ini berdiri kerana Allah. Jika kita melihat setiap gerak dan diam, seraya menyedari bahawa iradat Allah berhubungan dengan semua itu secara langsung, maka bererti kita telah melihat iradat Allah pada segala sesuatu. (Sheikh Said Hawwa dlm Syarah al Hikam)

Monday, January 9, 2012

Dazzle


Tok ayah kekalkan 'dazzling' atau silau yang wujud pada foto ini. Ini suatu realiti yang kita sering lihat pada alam yang indah ini. Kadang-kadang yang silau itu ada seni dan keunikannya.

(Pokok ini tumbuh secara senyap di tepi rumah. Sedar-sedar dan besar dan dah mula berbuah. Buahnya macam buah Ara, kata orang Kelantan. Tapi tok ayah rasa ini bukan buah Ara yang orang Kelantan masak dalam gulai kambing tu.)

What's up in your Mind


'Dia ni selalunya datang bawa dedak... tapi ni ape ke benda pulok yang dia bawak tu?'

Gamaknya itulah yang terpahat di minda anak ayam belanda ni bila tertoleh nampak tok ayah sedang snap fotonya.

[ Tok ayah tak berapa ada pengalaman membela ayam belanda. Jadi ada sedikit masalah dalam menjaga anak-anak ayam spesis ini. Ternyata anak-anak ayam spesis ini memang alahan kepada nyamuk dan serangga kecil. Muka, khususnya bahagian kelopak mata mereka amat mudah jadi berbintik dan bengkak hasil dari gigitan nyamuk atau unggas yang lain. Kegagalan memberi rawatan ubat sapu untuk hilangkan kesan gigitan itu akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada mata anak-anak ayam belanda ini. Kesakitan yang teruk boleh membawa kematian makhluk ini. Anak-anak ayam ini di peringkat umur belum sebulan adalah seeloknya dipasang kelambu agar tidak diserang nyamuk atau serang-seranga. ]

Monday, December 12, 2011

Little Goose


This little creature is Ketupat. Named by Acik. One of our new comer housing the 'reban' behind our house.

Saturday, May 21, 2011

Helix Pomatia


Firman Allah yang bermaksud :

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (14) Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. (15)  Surah ali Imran

Friday, May 20, 2011

Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz'


This bunga Janda Kaya tree trunk is nearly a size of my thigh, and about 20 feet tall. Fertile and still growing, which providing shade to our balcony.

Greyish


Its look like a black n white or nearly grey background. The palm oil trees in the background create the colour of bokeh that seems to look alike black n white. The creeper plant leaf grow along the dead rubber tree trunk which also grey.